.

Say Something to Me :D

Jul 27, 2010

PeSaNaN DaRi MeMbEr iStImEwA Ku



- Binalah impian mu dan impian itu akan membinamu .Impian yang indah dan apabila kamu dibuai mimpi itu ,kemungkinan besar kamu akan mencapainya .Tiada apa yang berlaku melainkan dimulakan dengan satu impian .Apabila kamu mula berusaha untuk mencapainya impian ,kehidupan mu bermula dan segalanya memberi erti dalam hidup mu .Untuk mereka yang mempunyai impian ,tiada perasaan sesat yang akan berlaku .Teruskan impian mu selagi kamu yakin impian itu boleh jadi kenyataan .Apa sahaja yang kamu lakukan atau impikan , usahakan sahaja , keberanian mempunyai kebijaksanaan ,kekuatan dan keajaiban tersendiri .Untuk mencapai sesuatu yang terbilang ,kita mulakan dengan impian ,bayangkan,membuat perancangan,yakinlah dan bertindak .Hajat dihati untuk mencapai bintang yang tinggi dengan impian yang mendalam ,setiap impian yang dicapai membawa kepada matlamat yang ditujui .Untuk memahami hati budi dan pemikiran individu,jangan lihat kepada apa yang dicapainya tetapi lihatlah kepada apakah yang merasangnya untuk mencapai sesuatu 

- Hanya mereka yang mempunyai impian melangit boleh memimpin kita terbang tinggi .Bantu orang lain capai impian mereka dan dan kamu juga akan mencapai impian mu sendiri .Masa depan yang cerah adalah untuk mereka yang percaya kepada keindahan impian mereka .Impian yang besar dan sangup menghadapi kegagalan .Rasakan kehairahan dan bersemangat tinggi dengan impian mu,sebagai satu kebakaran hutan,kamu boleh menghidunya,rasa kepanasannya dan boleh dilihat dari jarak jauh .Kita membesar dengan impian-impian ,mereka yang telah berjaya adalah mereka yang berwawasan dan mempunyai impian wajar .Untuk mencapai kejayaan besar ,kita tidak hanya bertindak tetapi harus mempunyai impian,bukan sahaja merancang tetapi penuh yakin dan percaya .Teruskan perjalanan mu dengan penuh yakin menuju ke impian,hiduplah dalam kehidupan yang kamu impikan .-

No comments:

..::: Not Hearing But Listening :D :::...