.

Say Something to Me :D

Feb 17, 2011

~~ CONTEST KAMI POSE COMEY ~~



saya ditag oleh : 


join contest ni ...
walaupun agak2 busy tapi saya wat je la apa yg saya mampu..k
alahaiiiiii.... bahasa buku la saya ni ...
hehehe 
ok paper pun ni Barner Contest tu ..



kepada sape2 yg akak di tag nanti sila la baca  syarat2nya ...k
just klik je 

|
|
|
|
|
V



saya tag semua kawan2 saya 
( esok saya tag ea ... ade keje ... cont esok !!)


Feb 14, 2011

10 Koleksi Cerita LAWAK !! :D











Lawak 1 : C U R A N G 

Dalam satu kejiranan...  bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"



Lawak 2 : Tertipu 

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.



Lawak 3 : Salah Faham 

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK... 


Peringatan: arak aharam disisi Agama Islam


Lawak 4 :Cemburu x b'tempat

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". 


Lawak 5 : Orang Gila 

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"





Lawak 6 : Bakar

Dalam sebuah kampung terjadi satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah.Orang ramai 
betukus lumus cuba memadamkan api.Setelah bomba datang api selamat dipadamkan.Sejurus kemudian datang pula sebuah kereta peronda.Seorang pegawai turun dari kereta lalu menuju ke tempat org ramai berkumpul lalu bertanya kepada seorang pemuda.

Pegawai: Siapa bakar

Pemuda: Saya bakar

Lalu pegawai itu mengarahkan rakan2nya supaya menangkap pemuda itu.


Pemuda: kenapa encik tangkap saya

Pegawai: tadi awak cakap awak bakar


Pemuda: mmg saya bakar

Pegawai: tadi saya tanya siapa bakar awak mengaku awak bakar

Pemuda: yela saya Bakar Bin Ali


Lawak 7 : Tak Ketawa pun 

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "


Lawak 8 : Bijak2 

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...

Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"

Razif : "Saya Cikgu"

Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"

Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"

Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"

Razif : "4"

Guru : "Bagus... Selepas 6?"

Razif : "7"

Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"

Razif : "10"

Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang

 pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"

Razif : "Jack, Queen, & King"


Lawak 9 : Pelik2 



Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan
terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New
baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum
jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya suda! h tiga tahun tarak balik.

Ali : ?????????????

( anak sape la tu ?? )


Lawak 10 : Telur Ayam 

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.





































^_^ adeq

Dr Baby Merepek & Merapu :D





Saturday 12 /02 /2011 
jeng...jeng...jeng....
saya di tag oleh eyka..
wOOooo... 
tambah keje lg ooOOO...
sbb kena jawap soalan ...
huk..huk..huk 
( batuk gatal )
leh tnhan gak bnyak soalannya ..
pape pun thanks ek tag ...





nama ape yang org panggil korang

nama panggilan berubah2 ikut time ... hikhikhik
time sek rendah diaorang panggil AZIE  ... 
time masuk sek menengah dok asrama so dpt panggilan TONG ...  
pastu time masuk koleh lak dpt lak nama FAZ ... 
So kekal la sampai dah keje pun diaorang panggil FAZ !! 
cuma mana kekawan yg kurang dikenali or boy2 yg sesat2 ni kenal ngan nama ILA .... 
iissshh ... yg pasti Family saya panggil saya ADEQ ... hehehe :D


ape yang korang rase skrg

Penat sanggat2 --- > kerja .... kerja ....& kerja ... 
nampak tilam & bantal tu cam best je if dpt peluk ... hehehe  ^_^


kamera/fon

Fon ....  gajut ...gajut...gajut... sampai lebam ..
sbb nak mintak kawan2 yg sudi teman time wat kerja tengah2 mlm..
kang ngatuk pulak... hehehe 
( ALASAN !! )


pengisian masa lapang? *so skema*?

xsempat nak lapang .... if lapang je nanti boss atasan call bg kerja ...
hehehe... pape pun saya suka dua2 kerja saya sekarang .... 
2 in 1 ... :D 



manual/auto

MANUAL ^_^ 
tetapi saya terpaksa ambil Auto kerana keadaan & situasi memaksaanya ..


kawan pada pandangan kamu

Kawan !! ntah la .... susah nak ckap sbb kawan selalunya akan jd Lawan !!
hehehe... xdelah .. 
kawan bg saya dia leh sama2 susah & senang & 
tidak mementingkan diri & tidak mengambil KESEMPATAN !!
 ( xkira boy or girl )


perkara terakhir buat ari nie

G settlekan Uniform budak2 Tadika ...
 beli kain & g wat tempahan kat kedai jahit !! 
( tak kan kedai basikal ek ...KECOH !!)
PEnat ....penat .penat ...... 


benda paling last beli guna RM sendiri hari ni

Beli lauk makan tengah hari ... kirim staff beli kat kedai Mak cik LINDA !! 
tp lauk tu jd lauk makan malam .... sbb xsempat makan td ... :)))) 


tempat paling heaven yang korang nk pergi

Ke TANAH SUCI !! hope rezeki murah & leh bawak orang2 disayangi 
( mak & ayah )



bapak kau ke mak kau?

soalan ape ni !! huhuhu bapak aku ke mak aku ....
nape ?? nape??nape ???
yg pasti saya SAYANG MEREKA !!
mcm tu jugak mereka pd saya ...


lelaki idaman

Hati saya xterbuka lagi tuk masa ni ...... TAKE TIME .... 
bukan memilih tp sememangnya sukar untuk bertolah ansur dlm perhubungan ... 
so biarkan dlu topik ni ... 
( ADA JODOH XKAN KEMANA )


sayang diri sendiri tak?

Pengakuan jujur !! saya baru sedar selama ni xsayang diri sendiri ...
sbb sekarang saya sakit maknanya saya xpandai jaga apa yg telah dipinjamkan oleh Nya ..
hope lepas ni saya akan jaga diri MOLEK2 ... huhuhu T_T


last but no least, esok nk buat ape?

Saya nak rehatkan diri ... sbb cuti ..
( ade je kut kerja2 kena siapkan .... 
updates acc , invoice .. list Salary !! 
aaaaaaaaaahhhhhh... BUSY !!!! :( ... )


sila tag..

alahai..... perlu ke ?? cam malas je mau tag2 ni ...
ok2 saya tag sorang  je . k 


( maaf komputer saya lembab so malas nak copy link ) 





..::: Not Hearing But Listening :D :::...