.

Say Something to Me :D

May 25, 2011

:: Kejutan dari dot..dot..dot.. ::






Assalamualaikum & Salam Sejahtera . Hope setiap hari adalah hari yang ceria untuk kita semua . Selalu adeq wat entry ringkas2 je . So ni adeq nak wat karangan ckit la erk . hehehe .

Adeq baru je membuka hati ini untuk menerima seseorang yang mungkin menjadi teman hidup adeq . Kami dah kenal sejak adeq belajar kat KYM lg . Al - maklum la zaman adeq study dulu xmampu beli broadband so kena la cari bahan2 study kat CC . Si dia pulak kerap ke situ sbb suka main game secara on9 .Mula dari situlah kami kenal sbb suatu hari salah seorang kawan dia mintak No hp adeq . mula2 salah faham la jugak ingatkan kawan dia yg nak kenal rupanya dia . hikhikhik . 

Masa terus berlalu , tapi adeq mcm nak xnak je layan dia kononnya time tu adeq rapat ngan sorang brother ni . selalu lepak ngan bro tu watkan adeq serba salah . xkan adeq terima dia dalam masa yg sama adeq kerap lepak ngan orang lain . Nanti apa kata dia pulak tambah2 lagi lokasi kami adalah disekitar tempat yg sama . Sejak dari itu dia pun macam menjauhkan diri dari adeq. mungkin dia kecewa cinta dia ditolak .

Selepas 3 tahun adeq pun habis study tetapi still lagi keje kat Melaka . Suatu hari adeq dapat SMS dari dia . Tak sangka pulak kat kawasan adeq tinggal sekarang ramai kawan2 dia. Tak mustahil jugak selama kami xberhubung dia ada jugak melihat adeq dari jauh . hehe ( PERASAN ) . kami berkawan semula , sebab adeq mintak tolong settingkan gitar baru adeq . Bermulalah kembali cerita kami .

Selama ni adeq selalu mempunyai pasangan yang hanya adeq sahaja yg korbankan segalanya untuk hubungan kami . Tapi kini barulah adeq rasa lainnya apabila insan yg kita kenal itu menyayangi &
 menyukai kita . Adeq xnak meletakkan harapan terlalu tinggi & adeq tak nak butakan mata & hati kerana cinta . Sememangnya waktu2 macam inilah indah kononnya tetapi tersilap langkah diri sendiri yang merana .

Adeq selalu bertanyakan pada orang2 yg lagi tua & berpengalaman dari adeq . Keputusan yang terburu - buru bukan jalan penyelesaian hubungan kami . Masa akan menentukan apa yg berlaku selepas ini .

Suatu hari adeq mintak kat dia cincin yg biasa2 je untuk hubungan kami sebagai kawan & teman  . Xsangka pulak dia belikan sebentuk cincin emas . Adeq sngt2 terharu . Rasa mcm nak nangis pun ada gak time dia bg tu T_T ..... nak wat kejutan la konon last2 cincin tu besar dari jari adeq . hehehe . 
pape pun thanks sngt2 kat dia. sekarang adeq leh tersenyum cuma xselebar mana lah .. sbb masih ada bnayk lagi yg adeq & dia kena lalui ... ^_^










 cincin yang adeq dapat :D

























^_^ adeq

2 comments:

ZaTiE AsHaR said...

ehem..bile nk kenal kn ngan den nie...haha..;p

< Layla Talya > said...

haha. nanti de masa kt lepak la sama2 erk ... :P

..::: Not Hearing But Listening :D :::...