.

Say Something to Me :D

Oct 30, 2011

Ala Tomey - Tomey !!



 Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia .




Maharaja Lawak Mega 2011 .

Ada 17 Group yang bertanding .
buat masa ni AdeQ sokong "Boboi"
best sngt2 .. memang wat AdeQ ketawa jerk .


" BOBOI "

Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik 









Korang nak tengok video diaorang sila klik kat bawah ni .k 





Ala Tomey - Tomey !!!




















AdeQ88

Apa Hisap2 ni !!



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ..




ROKOK !! Nape suka sngt hisap rokok erk ??
yang AdeQ perasan time lepas makan .
memang perokok akan cari rokok cam nak gila..
xda rokok g beli. 
xdpt beli mintak kawan rokok .
" bro sebatang rokok !!"
yang pasti rokok mesti ada.. 
Walaweehhh!! 
mcm hidup mati xdpt rokok tapi hidup memang dah mati sbb merokok !!
AdeQ xsuka la if lelaki merokok depan AdeQ ..
Buat lagi  meluat bila asap tu datang berlegar2 kat AdeQ ...
Memang Berbulu jerk ....
Dalam family pun xdinafikan Ayah + Abang + Abang ipar ..semua merokok 
Syaratnya sila merokok diluar rumah tidak kira bila pun.
tengah malam ke , hari hujan ke nak sangat merokok g jauh2 !!
Time lepak ngan kawan2 pun sama .
diaorang dah cukup kenal AdeQ mcm ne .. 



So kepada jejaka2 encem + macho + kacak tu ..xmau la merokok lagi .
Bukan setakat membahayakan kesihatan but membazir duit je ..
Dari beli rokok baik belanje AdeQ McD ke Karoke ke ..
weeeeeeeeeeeee ^___^
Korang mesti leh berubah . Berhenti merokok !!
Walaupun bukan sekarang tahun depan pun boleh ... 
Asalkan korang usaha & cuba tuk berhenti .ok.
AdeQ lagi sayang korang if korang xb'kawan dengan rokok !!













P/s : Ingat tau janji dengan AdeQ korang nak b'henti & AdeQ selalu doakan untuk Semua !! ^^,










Adeq 88





Cemburu seorang lelaki



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 



CEMBURU !!

Cemburu selalu dikaitkan dengan kaum wanita . Percaya atau tidak sebenarnya cemburu jugak dimiliki oleh kaum Adam .  Maybe kita xperasan kerana sifat cemburu mereka terselindung disebalik ego mereka sendiri . AdeQ nak kongsikan Sifat cemburu mengikut bintang kelahiran mereka .




Time tok Skodeng ...  



Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Bintang: xxx





Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Bintang: xxxxx




Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Bintang: xx




Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Bintang: xxxx




Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Bintang: xxxx





Cancer

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Bintang: xxxxx




Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Bintang: xx




Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Bintang: xxxx




Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x





Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Bintang: xxxx





Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Bintang: xxx





Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Bintang: xxx
























Adeq 88


Perfume watkan saya CERIA




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 



Status Today : Menikmati hujung minggu sambil santai dirumah !! aahhaakksss!!
Mood : Senyum Manis =)


Entry hari ni AdeQ nak story pasak perfume yang AdeQ guna..
Sebelum ni AdeQ ada bgth korang yg AdeQ suka pakai 

SILKY GIRL ====> Sweetheart 



Tapi sekarang AdeQ dah xsetia ngan perfume Sweetheart lg .
AdeQ dah jumpa haruman yang membuatkan AdeQ menjadi lebih yakin setiap masa .
hahahhaha.. ayat xleh blaahhh ...
AdeQ suka sngt perfume yg AdeQ pakai sekarang ..
sape yang dekat je mesti geram & suka sbb haruman dia lembut ..
perfume yg AdeQ maksudkan ialah : 



 EXCHANTEUR ====> Paris Adore 
Kotak : Berwarna Unggu Cair 
Harga : RM26.90 
Haruman : Mengganbungkan bunga - bungaan seperti melur ,mimosa dan violet serta haruman semerbak buah laici , plum , delima dan pear emas yang meninggalkan kesan wangian berpanjangan .





ada tiga pilihan tapi AdeQ minat yg warna Unggu 
so korang if nak try apa lagi beli lah..
rasakan perubahan aura tu sendiri ... weeeeee ^^,








P/s : Nanti korang nak belikan hadiah besday AdeQ xyah pening2 kepala .. belikan perfume ni pun jadilahkan ... aahhaakkss!! 









Adeq 88


Oct 28, 2011

:: Negeri Sembilan VS Terengganu :::



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ..







Sabtu 29/10/2011 malam ni Stadium akan dibanjiri oleh penyokong2 bola bg dua2 Negeri ini . 
Kepada yang rasa nak suasana meriah tapi jimat leh lepak kat kedai mamak je .
Yang sememangnya nak santai2 sambil tengok bola duduk umah la jwpnya .
Dimana pun anda berada janji bola tetap dihati..aahhaakkss !! 

Peyokong Negeri Sembilan akan sorak 
" Hobin Jang Hobin "
.
.
.
manakala 
.
.
.
Penyokong Terengganu akan sorak 
"Peteh Ganu Peteh "





Petarungan akan bermula beberapa jam je lagi... dag..dig...dug !!
waaaahhh!!! xsabar rasanya ni ..








Saya sokong Negeri Sembilan 
3 : 1 
hehehhe...
korang pulak macam mane ??? 
kongsi2 la ... :P 






















Adeq 88








Oct 24, 2011

5 Perkara perlu kita buat Lepas Putus Cinta




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !!!





Cehceh !! Mentang2 AdeQ dah putus cinta baru2 ni so AdeQ ngah kawal diri dari EMO!!

bila dlm keadaan mcm ni selalunya Tertekan & rasa t'sngt la kecewa 

CINTA kadang2 watkan nyawa kita separuh mati !!

waaahhhh !! JIWANG sungguh AdeQ ni ...

Korang kena Sabar! 

Tenangkan diri korang…

 Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. 

Adalah normal jika korang sedang besedih dan kecewa sekarang. 

Anggap bahawa korang sedang menjalani satu ujian daripada tuhan.

 Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
=)




Perkara yang korang patut wat adalah ini !!!!






1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.



























AdeQ 88

:: Saje suka - suka ::



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !!








last 16 sep hri tu lepak at Blog !! pas2 bzy ngan mcm2 masalah .. huh!! 

laga gak bl 1 settle & settle lg yg seterusnya !!! aaahhaaakksss =)

Dlm tmpoh xsmpai sebulan ni jerk memang TERBAIIKKK la !! 

best jerk tengok kat blog korang still lagi meriah ... weeee





tok hari ni xde ape yg best nak AdeQ kongsi an ..

AdeQ now lebih Matang dr dulu ... wawawa ( PUJI SENDIRI !! )

maksud AdeQ if AdeQ ada masalah mcm ne teruk pun ...

AdeQ leh t'senyum & x Melatah !!

hikhikhik  ...




Now bab CINTA AdeQ dah hancur ...

Maybe ALLAH nak bg yg lbh BAIK untuk AdeQ !! 

so just wait & see .. =.="





bab KERJAYA lak mmasih belajar benda baru ...

mencari pengalaman & perlu berani dlm apa jugak keadaan ..

AdeQ yakin AdeQ boleh ... 

walaupun AdeQ kurang minat apa yg AdeQ wat skrng ..



bab KEHIDUPAN AdeQ masih lagi mampu tersenyum =)

Dugaan yg dtng adalah AdeQ sakit !!

hope AdeQ berjaya dalam rawatan AdeQ ni ....

korang pun doakan tau ....




macam mane sedih or rasa tul2 down pun AdeQ sedaya upaya akan kawal !!

perkara pertama AdeQ akan buat ialah ..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

B'main dengan budak kecik ni !!




So AdeQ suka sngt2 !!! hikhikhikhik @___@ 















































Adeq 88

..::: Not Hearing But Listening :D :::...