.

Say Something to Me :D

Oct 24, 2011

5 Perkara perlu kita buat Lepas Putus Cinta




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !!!





Cehceh !! Mentang2 AdeQ dah putus cinta baru2 ni so AdeQ ngah kawal diri dari EMO!!

bila dlm keadaan mcm ni selalunya Tertekan & rasa t'sngt la kecewa 

CINTA kadang2 watkan nyawa kita separuh mati !!

waaahhhh !! JIWANG sungguh AdeQ ni ...

Korang kena Sabar! 

Tenangkan diri korang…

 Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. 

Adalah normal jika korang sedang besedih dan kecewa sekarang. 

Anggap bahawa korang sedang menjalani satu ujian daripada tuhan.

 Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.
=)




Perkara yang korang patut wat adalah ini !!!!






1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!

Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.



























AdeQ 88

No comments:

..::: Not Hearing But Listening :D :::...